Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

BEKAL NASI GORENG vs BEKAL.MEGI GORENG

 

Semalam Jumaat bawa bekal Nasi Goreng dengan Telur Rebus.


Macam biasa saya akan buat kopi O panas sebagai pembangkit mood waktu pagi.Aroma kopi mampu menyegarkan mata.Bawa bekal bungkus dalam kertas nasi lemak.Selalu bekal anak bujang ja bungkus.Ni dengan bekal mak sekali bungkus juga.Lepas makan lipat2 ikat getah.Buang tak payah basuh..hihihi


Saya buat nasi goreng cili padi berencah seekor ikan kerisi goreng.Semalamnya tu Adah dah keluarkan 3 ekor ikan kerisi yang sudah lama membeku.Saya goreng garing,makan sorang sekor dengan Adah.Ada baki lagi sekor itulah saya rencahkan dalam nasi goreng.

Untuk depa dua beradik tu sebab depa bising mak depa kerap masak nasi goreng,saya buatkan megi goreng.Rencahkan dengan beberapa biji meatball.


Pun bungkus dengan kertas minyak ni.


Bersama sorang ½ biji telur rebus.Anak sorang separuh saja telur.hihihi..Mana boleh lebih dari mak kan...hihihi


Posting Komentar untuk "BEKAL NASI GORENG vs BEKAL.MEGI GORENG"