Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

TAPAI UBI GORENG CELUP TEPUNG

Kalau Trengganu terkenal dengan Ikan Celup Tepung(ICT).

Tapi ni pula Tapai Ubi Celup Tepung(TCT)


Tapai ubi celup tepung.
Juada minum petang saya minggu lepas lagi ni.Minggu lepas kebizian,tapi bab makan  sempat aja...hihihi


Sabtu sebelum tu saya ada beli 2 bekas tapai ubi kat pasar tani 
Sebekas saya sejukkan dalam peti ais.Makan sejuk-sejuk sedap sungguh.Padahal dulu-dulu saya langsung tak suka tapai ubi.

See ..krup krup diluar ya.Lunak dan manis dalamnya..
Nak dapat gorengan rangup diluar lembut di dalam ni pada pandangan saya bukan atas resipinya..tapi lebih kepada tekniknya ..
Nanti bebila jika ada kerajinan nak kongsi tekniknya.Bukan ilmu asal dari saya tapi saya juga dapat ilmunya dari orang jauh.Maka nanti baik dikongsikan supaya menjadi manfaat bersama.


TAPAI UBI CELUP TEPUNG
1 bekas tapai ubi
minyak untuk goreng

Bahan celup:
2 cawan tepung beras
2 cawan air
½ sudu kecil garam
2 sudu minyak
2 sudu air kapur
(½ sudu kapur bancuh  ½ cawan air.Biar mendap dan ambil air jernih ya sahaja sebanyak 2 sudu)

1. Bancuh semua bahan celup hingga dapat adunan yang agak cair.

2. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali 

3. Celup tapai dalam adunan dan goreng dalam minyak panas sambil dibalikkan supaya sekata warna garingnya.

4. Toskan minyak dan sedia dimakan panas-panas.

**sentiasa balik-balikkan supaya tidak hitam kerana tapai manis dan mudah berkeramel.

Tapai ubi.

Tapai ubi celup tepung.


Posting Komentar untuk "TAPAI UBI GORENG CELUP TEPUNG"