BUAH CERMAI IDAMAN HATI BELUM BERKEMBANG
Semalam hujan lebat.Dalam fikiran sayapastinya buah cermai kat belakang dekat nursery Pak Man tukang kebun tu kembang elok.Kecurnya tekak nak makan buah cermai.Buah yang sekian lama saya hanya pandang saja bila melintasi nak ke parkir kereta belakang tu.Tapi sejak seminggu dua ni,saya menantikan buah cermai tu kembang besar.Minggu lepas dapat beberapa biji saja yang kembang besar. Bakinya masih kecil kehijauan.
Petik dalam 10 biji,terus masuk dalam mulut sambil kunyah penuh perasaan.Walau perut masih kosong,tidak saya peduli.Masuk buah cermai yang ke-3.Mata dah tak boleh buka luas.Masam yang amat tapi puas dapat makan buah cermai hari ni.Semalamn dok terbayang buah cermai ni.Keinginan nak makan buah cermai ni pernah saya rasa lebih 20 tahun yang lalu masa mengandungkan anak bujang sulong saya.Ketika itu merata mencari buah cermai,tapi nak dijadikan cerita memang tak ketemu.Nampak pokok cermai dihalaman orang pun semua tidak berbuah.Kat pasar malam juga hanya jual jeruk cermai,tapi tekak meminta cermai segar yang kembang kuning masam berair..Hihihihi..Nasib baik juga sebelum bersalin dapat lah sgenggam buah cermai di Batu Caves.Dapat dari seorang wanita India.Itupun buahnya baru berputik.Masih kecil dan kehijauan.Hanya ada rasa kelat dan tidak berjus masam pun.Tapi,bolehlah.asal dapat & jangan nanti anak melelh air liur kata orang..hihihi
Yang pasti,in sha allah esok saya akan petik lagi.Petik senyap-senyap la.Kang ada yang nampak mau dikata bunting pula..Celah mana nak bunting nya pun tak tau la...hihihi...
Dulu kat kampung lama,depan halaman rumah mak ada sepohon cermai besar. Musim berbuah,memang bertaburan atas bumi kerana buahnya leabat sungguh.Musim panas pula bila pelapah daunnya gugur,saya akan kutip himpun banyak-banyak dan ikat jadikan penyapu.Memang pelepah daun cermai seakan lidi kelapa.Bila diikat memang macam penyapu lidi.Buat sapu halaman.Selepas semua daunnya gugur,akan tumbuh pucuk-pucuk muda pila berjabak di hujung ranting.Pucuk-pucuk muda tu mak pernah petik masak sayur lemak putih.Rasanya seakan sayur pucuk manis.
Saya juga pernah beberapa kali masak.Cari dalam old post,,,,jumpa 1 post..SAYUR PUCUK CERMAI.... kat sini
Posting Komentar untuk "BUAH CERMAI IDAMAN HATI BELUM BERKEMBANG"