Gulai Ayam Hutan + Kentang Jembut
Ayam hutan.Achik bagi masa balik minggu lepas.Pakcik beli dari rakannya.Kalau tahu kami nak balik,Pakcik memang akan beli la macam-macam.Ayam hutan pun dah beberapa kali Pakcik beli.
Ayam hutan memang saiznya tak besar macam ayam daging.Saiznya lagi kecil daripada ayam kampung.Ni saiz peha ayam hutan.Warna pun agak gelap sikit.
Ini gambar ayam hutan yang pernah mak saya pelihara kat kampung.Rupa dia sama sahaja dengan ayam kampung,cuma saiznya sedikit kecil.Tanda lain yang ketara ialah setiap ayam hutan akan ada tanda putih ditelinganya seakan subang putih..hihihi.
Ayam hutan ni abang saya bawa balik sepasang induk dan ayam jantan hutan untuk mak biakkan.Tapi kesudahannya ada yang mati dan ada yang hilang begitu sahaja.Hanya tinggal gambar sahaja.Hihihi
Kentang Jembut.
Tapi biasanya saya sebut Ubi Kemili.
Mak saya sebut Ubi Keling🤭
Ni pokok Kentang Jembut aka Ubi Kemili yang mak saya tanam dibelakang rumah.Daunnya seakan daun pudina.
Tapi Kentang Jembut yang ini Achik beli masa balik dua minggu lepas untuk saya bawa balik KL.Saya rebus dulu supaya senang nak kupas kulitnya.
KARI AYAM HUTAN + KENTANG JEMBUT
1 ekor ayam hutan (+-1½kg)
250 gm kentang jembut (ubi kemili)
1 paket kecil rempah kari ikan
2 paket kecil rempah kari daging/ayam
2 sudu kerisik
1 kotak kecil santam / 250gm santan
garam
1/4 cawan minyak
Bahan Tumis:
5 bawang merah - hiris
2 bawang putih-hiris
2 ruas halia - hiris
5 bunga lawang
5 cengkih
1 kayu manis
1 tangkai daun kari
1. Gaul ayam bersama semua serbuk rempah & kerisik. Tambah sikit air sekadar semua campuran menyalut ayam. Perap 15 minit
2. Panaskan minyak & tumis bahan tumis hingga harum
3.Masukkan ayam yang siap bergaul rempah dan masak hingga keluar air ayam & najk minyak
4. Masukkan kentang, 5 cawan air & santan pekat. Masak hingga ayam & kenatang empuk. Jika perlu tambah air kerana jika ayam hutan tua lambat empuk.
5. Masukkan garam & perlahankan api d biar merenih 10 minit supaya kuah cantik naik minyak
6.Sesuaikan rasa .
Posting Komentar untuk "GULAI AYAM HUTAN + KENTANG JEMBUT"