KE PESTA KOPI @ PASAR SENI KL
Adah yang beria-ia nak pergi ke Pesta Kopi yang juga diadakan di Central Market (CM) tu.Ada 3 tujuan ke sana.Mengutip kenangan..mengunjungi Pesta Kopi dan satu lagi nanti kita cerita lepas ni.
Dulu zaman saya hanya kenal kopi 0,kopi susu dan nescafe saja.Kopi juga selalu senonim sebagai minuman orang tua saja.Sekarang ni kopi musim orang muda minum kopi pula yer..Di mana-mana saja gerai kopi muncul bagai cendawan lepas hujan.Macam-macam nama..macam-macam rasa dan harga pun macam-macam.Kopi kayangan pun ada yang berpuluh ringgit segelas.Orang tua macam saya masih setia dengan kopi O ( Cap Gantang)hihihihi
Ini pula Ada sebagai model kopi depan Kasturi Walk.Tempat dia sama dengan iklan tu kan..
Sebahagian kios ditempatkan di Kasturi Walk ni ,manakala sebahagian lagi di dalam bangunan ruang foyer.Kami deside untuk masuk dalam dulu.Nati keluar boleh terus balik.Antara yang memancing selera.Saya ajak Adah singgah beli Kopi Saigon.Teringat keenakan minum kopi Vietnam kat Malaysia Street @ Ho Chi Minh City beberapa tahun lepas.Sedap betul kopinya.Walau pernah juga beli yang dijual dikawasan perumahan saya tapi tak sesedap yang pernah minum kat sana.
Pekat lemak sedapnya sama macam yang pernah minum kat Viet nam.
Adah tertarik dengan pemain piring hitam lama ni..Yang macam beg merah tu pemain piring hitam.Saya sempat kenal benda alah ni zaman sekolah rendah.Kalau kenduri kahwin memang Deejay kenduri akan guna alat tu untuk putarkan lagu dari piring hitam.Speaker besar pula akan di ikat atas pokok yang tinggi supaya seluruh kampung boleh dengar.Nostalgia sungguh..
Adah kata kopi ni sedap ja..Tapi bagi saya tak sesedap Kopi Saigon.
Saya pernah tengok mak saya proses biji kopi masa zaman kanak-kanak.Mengutip buah kopi..menjemur,menumbuk buang kulit kopi dan simpan biji kopi.Bila nak jadikan serbuk kopi,mak akan sangai biji kopi hingga hitam macam arang.Kemudian masak gula pasir dan gula merah hingga hitam juga baru dimasukkan biji kopi sangai dan disejukkan hingga jadi macam kacang brittle.Lepas tu baru ditumbuk dan diayak sebelum sedia untuk dibancuh.
Tapi kopi yang saya nampak kat sini semua panggang dan grind biji kopi semata mata.Masa bancuh baru dicampur bahan lain.
Copei Coffee
Laaa....hihihihi
Tapi sebab kami ada lagi visi yang belum selesai..Kena beransur dulu..
Lepas ni penganjur kena fikirkan lokasi lain yang lebih luas untuk menampung pengunjung.Mungkin juga mereka tidak jangka sambutan menggalakkan.Pengunjung pula mengambil kesempatan bawa keluarga sebagai pengisian cuti weekend yang agak panjang kerana tetiba dapat tambahan pada hari Jumaat sempena KL menang bola tu.
Posting Komentar untuk "KE PESTA KOPI @ PASAR SENI KL"