MEE URAI GORENG
Mee Urai Goreng...
Kali ni masak mee telur versi flat aka mee urai.1 pack tu ada 6 keping besar.Saya hanya masak 4 keping.Agak banyak untuk kami nak makan 3 beranak.Lain kali rasanya cukup masak 3 keping sahaja melainkan kalau nak bawa bekal lebih.
3 keping mee urai
1 keping dada ayam/daging@ seafood
2 pokok sayur sawi
2 sudu bawang cincang
2 sudu cili kisar
1 kiub ayam
Minyak,garam,kicap
1. Jerang air untuk celur mee.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang.Masukkan isi ayam/daging rebus hiris @ seafood.
3. Tambah cili kisar dan masak hingga naik minyak.
4. Masukkan kiub ayam dan batang sawi.
5. Masukkan mee celur( tak perlu tapis) terus masukkan supaya tidak berketul dan senang menggaul.
6. Sambil gaul,sambil renjis kicap supaya rata bersalut.
7. Masak hingga sebati dan sesuaikan rasa.
Posting Komentar untuk "MEE URAI GORENG"