MENGUTIP KENANGAN DI CENTRAL MARKET
Adah ajak ke Central Market
Agak pagi jugak la dah sampai sana.Dulu naik bas mini nombor 45 atau nombor 36 turun kat depan Maybank.Kadang naik bas Thong Fong pun turun kat Jalan Silang tu menapak ke sini rasa macam dekat ja..
Kadang tu nak balik kampung pun dan lagi ke CM ni..Tinggal beg kat locker Puduraya tu..Merayau dulu celah-celah Petaling Street sampai ke CM ni sementara nak naik bas pukul 9 malam.
Dulu dalam ni suka tengok pelukis potret. Sekarang pun ada ja lagi sebelah luar sana.
Dah lama tak makan nasi lemak..Apa lagi nak masak nasi lemak...lagi la lama dah rasanya..hihihihi
Tak mampu mengutip semuanya...Cukuplah sekadarnya sahaja....Selebihnya biarlah bersemadi di situ..
Dulu....tahun 90-an,sepanjang lorong deretan pokok palm.
Batu -bata keliling pokok palm tu la jadi tempat kami bertenggek menyaksikan busking dan mendengar syair dan sajak dari Pyan Habib..Sani Sudin dan beberapa artis seangkatan mereka. Sekarang dah diganti tiang konkrit dengan bumbung dan wau bulan besar tu..
Rindu pula hiruk pikok bunyi hon bas mini yang mencari ruang menyelinap dicelahan kenderaan lain macam lipas lajunya..
Kali pertama datang KL tahun 1988 zaman sekolah ikut lawatan sambil belajar,memang bergambar kat bangunan Dayabumi ni...Megah rasa masa tu..hihihi
Tahun 90-an lepas sokolah,rezeki sambung belajar kat KL,sempat juga la mengumpul kenangan disekitar Dataran Merdeka, CM,Kotaraya,Puduraya sebelum kawasan tersebut " ditawan" oleh warga asing🤭🤭
Sekarang...nun sayup-sayup Menara Merdeka 118 yang katanya bangunan ke 2 tertinggi didunia selepas Burk Khalifa..
Baru beberapa hari lepas,pemasangan puncak menara menjadikan ketinggiannya
678.9m ...Lebih ½ km tu
Saja minta Adah drive lalu depan Kotaraya...depan Menara Maybank dan u-tern depan Pudu Raya yang sudah bertukar nama kepada Pudu Sentral..
KL Tower yang pernah megah menjadi menara tertinggi dulu...kini satu demi satu menara lain mendahuluinya...
Kemegahan itu tidak berkekalam
Tak apalah...sudah begitu resamnya dunia..
* pic semua by Adah..tu yang rasanya nampak clear.Boleh beza la kan...kalau saya yang snap🤭
Posting Komentar untuk "MENGUTIP KENANGAN DI CENTRAL MARKET"