SELAMAT TAHUN BARU 2022
2021 sudah berakhir.Hilang tidak akan kembali lagi..
Bandaraya Kuala Lumpur tidak lagi bermandikan limpahan cahaya bunga api.Hanya sesekali muncul cahaya bunga api dicelahan hutan batu ibarat cahaya kilat sahaja.
Sementelahan Lembah Klang masih dalam suasana suram dan pilu bila kebanyakan tempat masih terkesan dengan dengan banjir dua minggu lepas.Semoga semua mangsa dimudahkan urusan dan tabah mengharungi ujian.Pastinya Allah akan gantikan dengan hikmah yang tidak terjangkau dek akal kita.
Alhamdulillah,masjid dan surau diimarahkan sebaiknya pada malam tahun baharu.Semoga kita semua dalam rahmat kasih sayang dan restu Allah s.w.t
Posting Komentar untuk "SELAMAT TAHUN BARU 2022"