Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

BEKAL NASI GORENG TOMYAM

Nasi Goreng Tomyam.Bekal anak bujang nan sorang tu pagi ini.
Sampingkan juga beberapa ketul sosej.
Juga merangkap brunch untuk tukang masak..Dah memasak,rugi la kalau tak makan.Hihihi.....




NASI GORENG TOMYAM
 2 cawan beras- tanak jadi nasi(+-4 cawan nasi)
2 sudu pes tomyam dalam botol
1 batang carrot
1 keping dada ayam- hiris & gaul sikit garam
4 sudu minyak masak
2 biji telur
1 pokok daun ketumbar
( jika tak suka boleh ganti daun sup)

1. Panaskan minyak,masukkan isi ayam hiris dan goreng hingga masak.

2. Pecahkan telur dan kacau hancur hingga telur masak.Tambahkan pes tomyam dan carrot.

3. Masukkan nasi yang sudah dilerai dan gaul rata hingga nasi panas merata dan naik wap.

4. Taburkan daun ketumbar @ daun sup.

Masukkan la dalam kotak makanan mesra alam ni.Hihihihi...
Mesra alam la kot sebab ni kotak kertas.Tapi saya alas juga dengan plastik  sebab risau pula karang bekas tu lembik atau berminyak.Sosej tu saya potong dua dan kelar.Kemudian goreng dengan ½ sudu marjerin.Kalau goreng sosej saya suka guna marjerin @ butter berbanding minyak sebab sosej akan licin dan cantik.Kalau guna minyak pula,biasanya sosej  jadi garing dan keras berkulit ...Kaaaa...saya yang tak pandai goreng?...hihihi


Bekal anak bujang teruna hari ni.Nasi Goreng Tomyam bersama sosej goreng dan sebiji buah pear.

Posting Komentar untuk "BEKAL NASI GORENG TOMYAM"