Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

CHALAZION 3 BERADIK

Semalam punya story... Sibujang teruna buat minor  surgery.Tengok kesan darah tu agak ngeri kan...
Boleh tengok link dari youtube yang saya kongsikan di bawah.

Sama kes macam CELLA-CHALAZION .

Minggu lepas nampak matanya macam ada ketumbit kecil.Tapi beberapa hari kemudian dia kata tengah drive matanya kabur.Terus gi klinik panel.Tapi sebab klinik panel tu hanya klinik biasa,doktor bagi ubat & buat surat suruh refer mana-mana klinik mata


Hanya sini ja la yang nampak dalam fikiran.Tempat yang sama dengan Cella dulu.Minggu lepas ke sana,doktor bagi appointment untuk surgery pada 13 Januari.Sepanjang minggu lepas light duty & ni  sambung dengan MC. Nasib baik semalam Adah free...temankan abangnya sebab lepas surgery doktor dah cakap jangan drive.Tahun lepas hari Cella surgery pun Adah yang bawa.Memang Adah ni sesuai jadi nurse ka apa?🤣


Alhamdulillah masa Cella dulu guna GL saya sepanjang rawatan.Masa surgery pula guna surat tawaran universiti sebagai ganti GL sebab masa tu dia belum ada student card.


Sorang dah sembuh dah sembuh dah..
Alhamdulillah


Ni mata Adah pula macam ada tanda-tanda juga.Tak tahu apa sebabnya.Cukuplah depa 3 beradik tu kena chalazion ni.Jangan la kena kat saya...huhuhu


Update:

Saya kongsikan pautan dari youtube tentang  chalazion  surgery ni.Boleh tonton pada link 

https://youtu.be/zo9kz_vUVN4

( Tapi dalam kes Cella prosedurnya tidak sama.Cella surgerinya ada kesan 1@ 2 jahitan kerana chalazionnya lebih besar dan mengambil masa berbulan juga untuk bengkak surut sebelum surgeri boleh dijalankan)



Juga untuk yang mencari info tentang kos surgeri ini di hospital kerajaan.

Alhamdulillah sangat mampu untuk kita.Hanya RM55.00(tanpa GL).

Untuk lebih detail mungkin boleh call unit berkenaan kerana saya tidak tahu mungkin kos berbeza  bergantung kepada tahap ke seriusan yang berbeza.


Saya baca komen dari oldpost mengatakan kos di hospital swasta lebih kurang RM4k.(Mungkin akan lebih jika ada rawatan susulan)

Semoga info ini membantu bagi yang ingin tahu.



Posting Komentar untuk "CHALAZION 3 BERADIK"