Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

ITIK SALAI LEMAK CILI API vs SIPUT SEDUT LEMAK CILI API

Dah sebulan rasanya tidak ke pasar.Tidak membali barang dapur.

Banyak makan kat luar dan banyak menapau sahaja sejak dua menjak ni.

Masak pun kadang sangat.Itupun masak sekadar apa saja stok  yang bersisa  di dapur.


Semalam minta anak bujang tu beli lauk sahaja.Adah tanak nasi.


Beli Itik Salai Masak Lamak Cili Api.


 Sebenarnya minggu ni dah dua kali tapau lauk ni..Sedap betul rasa masakan ni.Itiknya lembut dan tidak hamis.Kuahnya pula pekat,pedas dan aroma salai yang sungguh menggoda selera.Memang hirup hingga ke titisan kuah yang terakhir.

Siput Sedut ni untuk Adah.Dia tak suka itik.Beberapa hari lepas abangnya dah belikan lauk siput ni.Memang habis dimakan Adah.Kuah pun licin dihirup.Pekat dan cukup rasa kata Adah.
Anak bujang tu beli Daging Salai Masak Lemak Cili Api.Tapi tak ada pula dalam gambar kerana dia makan kemudian.

Hari tu tengok kat pasar siput sedut mentah ni sekilo RM20..
Mahal betul kalau nak banding tahun 90an dulu🤭
Ingat lagi jaman  kalau beli siput sedut kat pasar 1 bungkus +- 500gm tu harganya RM1.50 sahaja.Kelapa parut pun masa tu sebiji 40 sen.
Tapi zaman pun dah berubah..Kita sendiri pun dah berubah kan..Dulu muda remaja.Sekarang remaja purba..

Macam rupa Nasi Daging kan..hihihi
Adah masak nasi beras perang.
Dulu kalau masak beras perang pakat merungut tak sedap
Now ....pakat kata sedap pula..
Tak ingat pula ni brand apa..Cuma ingat saya beli kat Speedmart 99 tu dah lebih sebulan.
Sedap la beras perang yang ni...Rasa lemak-lemak liat macam makan barli pun ada....
 
Setiap orang makan sepinggan nasi beras perang dengan lauk masing-masing..Ini set Adah.Siput Sedut.


Posting Komentar untuk "ITIK SALAI LEMAK CILI API vs SIPUT SEDUT LEMAK CILI API"