KETUPAT DAUN BULUH, KETUPAT CINA @ KUIH CHANG
Ada yang panggil ketupat Cina
Ada yang sebut chang .
Walaupun bahannya hanya pulut dan abu chang sahaja tapi bukan semua orang pandai buat,termasuklah saya..hihihi
Makan saya pandai..
Dulu kat tempat kami hanya terkenal dalam kalangan orang Cina dan Siam.Kemudian merebak dalam kalangan masyarakat Melayu yang berjiran dengan masyarakat Siam.Kat Kedah ramai masyarakat Siam terutama belah Pendang dan Jitra ( setakat yang saya tahu la)
Masa sekolah menengah dari form 1 hingga uppersix memang saya ada classmate Siam.Sempat jugak la belajar sikit-sikit bahasa Siam yang mudah.Sayangnya masa tu tak ambil kesempatan belajar secara serius.Eh,nanti lah cerita bab kawan-kawan dalam kalangan masyarakat Siam ni.Banyak ceritanya..Yang suka..yang sedih..yang serba salah dan banyak juga yang kelakar..hihihi
Dulu nak makan kena beraya ke kampung tertentu sahaja yang menghidangkan juadah ni masa raya Tapi sejak dua dekad yang lalu dah semakin ramai peminatnya hingga ketupat daun buluh ni dah jadi sebahagian juadah di kebanyakan rumah ketika Raya Puasa & Raya Haji.Ramai yang mahir buat ketupat daun buluh ni dah jadikan ketupat ni sebagai punca pendapatan sampingan.
Ramai juga dah tanam pokok buluh khas ni untuk tujuan tersebut.
Bukan sembarangan daun buluh boleh guna.Macam buat lemang juga.Ada buluh khas dia yang sesuai buat lemang.
Begitu juga daun buluh ketupat ni.Pokok buluh khas,saya tak tau nama buluh apa.Tapi kalau tengok pokoknya saya cam.Daunnya lebih lebar dan panjang serta lebih licin.
Ni beli masa balik Kedah hari tu.Ada orang kirim teringin nak makan.
Merata Achik cari sebab bukan musim raya
Dapat kat Kampung Kuala Rimau..
Menyesal pula tak amik sikit simpan.huhuhu
Ada pengusaha kat situ jual ketupat frozen.Yang frozen tu daun dia nampak gelap sikit.Daun buluh ni saya pernah ja nampak ada jual kat sesetengah kedai Cina di KL ni.Katanya diimport dari Cina untuk buat kuh chang la..Daun kering tu kena rendam air panas dulu kasi lembut sebelum digunakan..
Sayangnya saya tak berkesempatan nak belajar.
Ok..ni pun dari old post.Isi ketupat daun buluh.Kuning tu bukan pewarna atau kunyit,tapi kesan dari penggunaan abu chang yang dicampur bersama pulut.Teksturnya liat kenyal dan perlu dipotong menggunakan tali yang ikat ketupat tu.Ada tekniknya.Kalau ada kesempatan bila ada ketupat ni saya nak videokan cara buka dan potong ketupat ni.Unik.
Rasa ketupat ni tawar.Tapi bila dicicah serondeng daging,ayam atau ikan memang sedap sangat.Ralit mengunyah.
Selain serondeng,ada menu khas lain yang digandingkan dengan ketupat daun buluh ni.Gulai Pucuk Juaq a.k.a Gulai Pucuk Johar.Ada ja pernah saya kongsi gula pucuk johar ni dalam old post.Taip ja namakucella-gulai pucuk johar....Haaa keluar la kat Google tu.
Ada juga yang suka makan cicah susu pekat atau cicah air gula melaka pekat.Rasa dia macam lopes old school ðŸ¤.Saya teringat ketupat ni pun lepas baca KUIH LOPES YANG SANGAT SEDAP kat blog SK.Nampak ja kuih lopes 3 segi bungkus daun pisang tu auto teringat keenakan ketupat daun buluh..
Posting Komentar untuk "KETUPAT DAUN BULUH, KETUPAT CINA @ KUIH CHANG"