PASTA SPIRAL GORENG DENGAN BEBOLA DAGING
Hari ni bawa bekal Pasta Spiral Goreng
Bekal anak bujang..
PASTA SPIRAL GORENG
1 paket pasta spiral(400gm)
20 biji bebola daging
2 sudu cili kisar
3 biji cili padi merah (cincang) jika extra nak pedas
½ botol sos bolognese
1 bawang besar- cincang
5 bawang putih-cincang
garam,minyak,
daun basil(saya guna daun sup saja)
1. Jerang ½ periuk air hingga mendidih.Rabus pasta hingga ½ masak.(anggaran 5 minit)
2. Sementara air mendidih,panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih cincang.
3. Masukkan bebola daging dan balik-balikkan hingga agak-agak bebola masak,baru masukkan sos bolognese.Tambah garam dan gula ikut kesesuaian rasa.
4. Masukkan pasta ½ masak dan gaul rata.Masak beberapa minit dan sesuaikan rasa.
5. Jika suka pasta yang masak sepenuhnya,tambah sikit air rebusan pasta dalam gorengan dan masaklah hingga pasta lembut.
*Pasta seeloknya jangan overcook kerana kesedapan pasta adalah dimasak al dente( iaitu bila digigit macam ada sikit sikit keras/mentah dalamnya)
(Tapi rasanya bekal macam tu lagi healty kan..š¤)
Ajak Shifa & Rubiah makan sesama.Buat kopi sorang secawan.Pun masih berbaki pasta ni.Jadi rezeki Amanda & Camilia pula yang datang lepas tu.Kemudia dapat pula kiriman kuih muih dari kak Mel.Memang dengarnya kat bawah ada buat jamuan.Tapi kami ni selalu tertinggalš¤
Terpisah di dunia kami dek jauh di kayangan...
Posting Komentar untuk "PASTA SPIRAL GORENG DENGAN BEBOLA DAGING"