Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

PULUT KELAPA IKAN HARUAN KERING

 Pagi ni sebelum subuh lagi dah isi perut dengan pulut kelapa ikan haruan kering.


Pulut kukus..Ikan haruan kering dan secawan kopi O..Pengalas perut dipagi hari.

Anak bujang tu bawa bekal biskut saja untuk alas perut.Takkan nak bawanya pulut dengan ikan kering kan..



Pulut tu dah rendam sejak hari Sabtu.Plan asal nak buat wajik.Rendamlah sekilo pulut.Tiba-tiba datang kemalasan yang tak boleh bawa bincang.Kalau dibiarkan pulut berendam begitu sahaja nanti masam pula Maka,saya gantikan air rendaman tu.Bubuh air yang baru.Masuk dalam bekas bertutup.Simpan dalam peti ais 🤣

Pagi tadi ambil dalam ⅓ bahagian dan kukus.Alhamdulillah,elok tak ada bau masam.Tak rosak pun pulut tu.Bakinya ⅔ sibiarkan bertutup dalam peti ais.Tak tahu lagi apa nasib baki tu.Kalau rajin jadi juga wajik tu.Kalau tak,tak tahulah nak jadi apa.Jangan terlupa ganti air sudah..Nak ganti dengan air biasa  pun takut suhu berubah & jadi masam pula.So, kena gantikan dengan air yang telah disejukkan dari peti ais la supaya suhunya tak berubah.



Secawan kopi O panas adalah rakan karib pulut kelapa ikan kering ni. Cuba nak kurangkan gula,minum secawan kecik saja la.Selama ni kalau bancuh kopi memang 1 mug penuh🤭

Harap2 makan- makan kurus.Minum-minum pun kurus la... Kurus yang sihat la,untuk memudahkan urusan hidup dan urusan ibadah.

Eh,bergerak...berjalan untuk tujuan kebaikan pun ibadah jugak kan. hihihi..


Konon nak kurang kan makan nasi,tapi belasah pulut🤣..

Nak kurangkan gula tapi kopi sentiasa di hati...

Camana tuuuu🤭

Posting Komentar untuk "PULUT KELAPA IKAN HARUAN KERING"