Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

PULUT PAGI KELANTAN BUNGKUS DAUN PISANG

Hari ni dapat makan Pulut Pagi dari Kelantan.
Katanya diterbangkan dari Kelantan bersama Nasi Air Dingin yang terkenal tu....

Alhamdulillah,rezeki dikongsikan Shifa.Makan bersama Ti & Ruby kat Bilik Kerja saya untuk tea time tadi..



Cantik dan kemas bungkusannnya.Kata Shifa dia beli masa balik dari ambil darah kat HUKM pagi tadi.Shifa memang Kelantanese.Pandai la dia cari mana makanan dari Negeri Che Siti Wan Kembang tu @ KL.


Selain Pulut Pagi ni...Shifa beli juga Akok Kedut .Pun katanya dari Kelantan ni 


Jom kita unboxing🤭
Ni la rupa Pulut Pagi dalam daun pisang tu.
Yang putih tu kelapa bergaram.Yang gelap tu pulut yang dikukus bersama gula nisan.


Nak makan ..saya gaulkan semua tu.Rasa lemak masin dan manis.Saya biasa makan Pulut Pagi ni dan beberapa kali juga masak sendiri


Cuma saya tak pernah bungkus dengan daun pisang macam ni.Comel la.Kalai kat Kedah,bungkusan macam ni berisi Pulut Sambal iaitu pulut lemak warna putih bersama sambal isi ikan seperti serondeng tu.


Sedapnya dapat makan Pulut Pagi ni.Rasa macam esok nak buat jugak la...Esok kan cuti Thaipusam.
Kalau yang nak cuba masak sendiri boleh juga tengok dalam old post

Ada lagi masak beberapa PULUT PAGI KELANTAN.

Posting Komentar untuk "PULUT PAGI KELANTAN BUNGKUS DAUN PISANG"