Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

SARAPAN NASI IMPIT

Sarapan awal hari ni..Cuti kan....hihihi

Makan nasi impit + rendang daging & sambal paru left over...


Nasi impit ni masak untuk bekal anak bujang tu semalam.Dia sorang ja bawa bekal tu.Saya bawa roti ja tapi makan juga pulut pagi Shifa belanja.Adah tak bawa bekal.

Masak rendang daging kerbau.Ada lagi baki dalam ½ kg yang Achik bekalkan masa balik Kedah hari tu.

Paru tu berserabut dengan serai ketuk.Hihihi.
Sebabnya saya beli paru kat pasar tani hari Sabtu tu.Paru lembu local bukan paru frozen tapi bau dia macam kuat sangat masa rebus.Tu yang ketuk serai banyak-banyak masa masak.Tu yang berserabut macam sisa banjir hanyut dah...hihihi

Ni untuk Adah sarapan tadi...Adah merajuk sebab dia kata dia tak tahu pun semalam ada nasi impit rendang daging ni...🤭
Hihihi..sebenarnya nak suruh dia makan malam tadi.Tapi malam tadi balik kerja dia terus mandi & tidur.Katanya lenguh badan sebab petang semalam sebelum balik dia inject booster.Patut dia inject hari Ahad,tapi dia pospon ambil booster hari Isnin semalam untuk dapat rehat hari ni Thaipusam.

Merajuk merajuk pun dia makan juga🤣.Nasi impit rendang daging ...kalau merajuk taknak makan memang rugi la kan...hihihi
Goreng juga 10 biji karipap frozen.Adah beli dari kawannnya.10 biji RM8.Dia beli 2 bungkus.Tapi tu la kat bungkusan tulis inti daging.Bila makan intinya kentang + isi ayam ..😁
Tertukar agaknya.


Posting Komentar untuk "SARAPAN NASI IMPIT"