Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

SPAGHETTI SARDIN TAK PERNAH JEMU

 

Spaghetti Sardin yang tak pernah jemu...


Bila kekeringan idea...tak ada bahan lain atau kekurangan masa,maka pasta sardin lah selalu jadi pilihan untuk brunch,bekal atau dinner.
Even,jika ada tetamu mengejut pun.Mereke kena redho la dihidangkan pasta sardin sahaja sebagai rezeki....Kalau tak pasta...mee kering sebagai pengganti...hihihi.....


Begitu juga untuk bekal.Kalau dah pasta sardin tu...maknanya dah takda idea atau sebab nak ccepat la tu...


Kalau kebetulan sardinnya tin besar boleh masak sebungkus 500gm spaghetti atau vermicelli tu.
Kalau pasta pendek macam spiral,snail,shell,bowtei dan seangkatannya,saya guna 1 tin kecil sardin sebab pasta jenis macam tu tak muai sangat.Sepaket tu just nice untuk 4 buah perut macam kami anak beranak ..hihihi..
Kalau jenis pasta panjang macam spaghetti,vermicelli & angel hair pulak elok guna sardin tin besar ,sebungkus 500 tu memang banyak.500gm tu bila dah rebus memang banyak pun.Tak habis nak makan bertiga.Eloklah bungkus & nasiblah  siapa yang jadi mangsa untuk habiskan..🤣
Kadang security guard perumahan ni.Kadang tukang sapu kat tepi jalan tu.Takpun cleaner tempat kerja.Nasib la depa suka atau tak🤭..

Nak masak pun tak susah kan...
Panaskan minyak.Tumis selabu bawang besar cincang + beberapa ulas bawang putih cincang.Kalau nak pedas dan merah warnanya tambah cili kisar sesudu dua.Boh lada hitam tumbuk pun sedap ja.Kalau nak ada rasa Italian ,tambah sos bolognese @ buah tomato cincang beberapa biji.Tapi yang kali ni hanya sardin semata...sebab tu warna pucat.Tapi rasa dia ..sedap!
Ni saya guna 1 tin sedang sardin Yeo's.Banyak pula isinya.Ada 7 ketul sardinnya.Tapi kat tempat saya jarang jumpa sardin brand ni.
Nak rasa sikit pedas,just tabur chilly flakes masa nak makan..
Untuk makhluk pemakan macam kami ni...semua sedap ja🤣


Selalu saya suka guna pasta vermicelli sebab size dia halus sikit berbanding spaghetti.Masuk dalam air mendidih dalam 4@ 5 minit dah cukup lembut.Biar terkurang lembut,boleh teruskan proses masak dalam kuali.Lagi dia menyerap kuah lagi sedap.Saya jarang guna pasta angel hair sebab tak pandai nak agak masa rebus.Selalu over cook jadinya.Kalau overcook ...hilanglah nikmat tekstur pasta kan..


Siap ¾ kuali pasta vermicelli dimasak bersama sardin...

Posting Komentar untuk "SPAGHETTI SARDIN TAK PERNAH JEMU"