Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

HARI NI MASAK ASAM PEDAS SARDIN

Sejak anak bujang tu chalazion,memang dah tak masak sardin.


Tapi hari ni saya masak asam pedas sardin.Sebenarnya dan sebetulnya masak malam tadi separuh jalan.

Semalam,Kak Mel kata nak Jumaat turun la kat bawah..Dia nak bawa lauk.Ita nak tanak nasi.Shifa kata dia nak bawa kerutuk telur.Kak Mel nak masak kari ayam.Sal nak goreng sayur.Segan pula kalau saya tak masak apa-apa.Plan asal saya nak bawa buah saja.Tapi tak beli.Singgah Speedmart 99 beli 2 tin besar sardin.Masak sardin jer lah.Lagipun Kak Mel kata nak makan tak sampai 10 orang..Dua tin sardin cukup la kot..