JEMPUTAN KAHWIN @ KAMPUNG PENGANTIN
Semalam 5 Februari 2022,menghadiri jemputan kahwin @ Kampung Pengantin,Setapak,KL.
Pic @ Google
Menunya beraneka.Selain nasi dan lauk pauk,kuih-muih,rojak buah,dessert dan pelbagai lagi.Saya hanya ambil nasi dan anak bujang tu ambilkan cendol untuk saya.Adah ambilkan kuih muih.
Ni sebelah lelaki ni.Kalau pengantinnya perempuan...uiii rasanya lagi meriah kot.Sesuailah bapa pengantinnya pun Lt Kolenel(B).Emak pengantinnya pula Pn Che Rohani dulu sama sekerja dengan saya.Tapi beliau yang saya bahasakan sebagai Kak Ani ni memilih untuk bersara awal.Kalau saya pun duit berkepuk macam ni...nak juga bersara awal..🤭🤣Menariknya dalam pertengahan 2000's dah pernah jadi rakan sekerja ditempat sama tapi kami tidak rapat.Kemudian Kak Ani dan keluarga bermukim di Australia selama beberapa tahun sebelum kembali dan bertugas di tempat sama sekali lagi.Ketika itu barulah kami mula rapat hinggalah Kak Ani memilih bersara awal beberapa tahun lepas.Selalu juga kami togeder-geder ke Nilai 3..mengeteh dan makan roti canai @ Perindu serta keluar mengopi sambil bertanya khabar.Kak Ani dan keluarga sangat huble orangnya walaupun mereka orang ada-ada.
Tidak dapat berlama sangat semalam kerana anak bujang akan masuk kerja tengahari.
Saya dan anak bujang terus balik.Leka bersembang punya pasal..Nak balik ikut Jalan Tun Razak tapi terlepas Bulatan Pahang..Terus masuk pusat bandar..Nasib baik tak jem.
Posting Komentar untuk "JEMPUTAN KAHWIN @ KAMPUNG PENGANTIN"