KURMA AYAM 4 KETUL
Kurma Ayam..
Lauk yang jarang dimasak kerana tak ramai peminatnya dalam rumah ni.Hanya anak bujang teruna tu saja yang minat kurma ayam.Dua orang anak dara tu memang langsung takmau mencuba.Depa kata warna tak menarik dan bau rempah kuat..hihihi.
4 ketul ayam
2 biji kentang- belah 4
1paket rempah(kecil) kurma(+-2 sudu besar)
1 cili merah
1 tomato merah
3 cili padi
¼ kotak santan
1 asam keping
garam & secubit gula
minyak
Bahan Tumis:
1 helai pandan
½ bawang besar
2 bawang putih
1 inci halia-mayang
Serba sikit kayu manis,cengkih,pelaga dan bunga lawang.
1. Panaskan anggaran ¼ cawan minyak dan tumis bahan tumis hingga harum.
2. Masukkan rempah kurma yang dibancuh dengan 1 cawan air.
Masak hingga naik minyak macam tumis rempah kari.
3. Tambah ayam,kentang dan 2 cawan air.Masak hingga empuk
4. Tambah asam keping,garam dan secubit gula.
5. Bila sudah empuk semuanya dan kuah pekat,masukkan santan dan sesuaikan kepekatan kuah yang dikehendaki.
6. Kecilkan api dan masak api perlahan supaya naik minyak seperti memasak kari juga
Posting Komentar untuk "KURMA AYAM 4 KETUL"