Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

LEMPENG PISANG TEPUNG BERAS

 Cerita dah dekat seminggu.Baru nak update..


Dah masak asam pedas ayam + belimbing buluh.Petangnya dah dekat maghrib,buat lempeng pisang..



Untuk dilawankan dengan asam pedas ni la 


Kali ni saya buat lempeng pisang versi terpung beras.Kalau mak saya buat cekodok pisang memang guna tepung beras.Mak kata lebih lembut dan lebih sedap.Cuma ladang stok tepung beras tiada,guna la juga tepung gandum.Kalau guna tepung gandum,saya lebih suka versiCEKODOK PISANG BULAT-BULAT ...macam ni..sebab kalau guna tepung gandum saya tak pandai agak.Jadi saya guna soda+marjerin sebab anak-anak suka versi ni.
Untuk lempeng pisang teoung beras,memang pada tekak saya ianya lebih sedep kerana lembut dan harum tepung beras.

LEMPENG PISANG TEPUNG BERAS
5 biji pisang berangan
2 cawan tepung beras
1 cawan kelapa parut putih
garam dan minyak

1. Lenyek pisang hingga lumat.

2. Tambah kelapa dan secubit garam.

3. Gaul pula bersama teoung beras hingga sebati.Adunan memang kental kerana saya mahukan lempeng yang garing rangup tepi-tepinya.

4. Panaskan sesudu minyak dalam kuali atau pan.Masukkan sesenduk adunan dan ratakan dengam belakang sensuk atau belakang sudu supaya leper.

5. Masak kedua-dua belah hingga garing.Jika perlu renjiskan sesudu lagi minyak supaya garing.

6. Sedap dimakan begitu sahaja bertemankan kopi O panas..


Tapi saya temankan dengan asam pedas

Makan waktu hujan akan lebih feel...hihihi


Posting Komentar untuk "LEMPENG PISANG TEPUNG BERAS"