Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

LUNCH @ BANGI RESORT HOTEL

Semalam...Sabtu

Lunch @ Bangi Resort Hotel.
Bersebelahan Bangi Golf Resort..Pernah la sekali dinner kat Bangi Golf Resort tu..Ingatkan kat situ...Rupanya Bangi Resort Hotel kat depan sikit..
Tapi kerana parkir kat BRH tu fullhouse maka kami tumpang parkir kat BGR..


Nasib baik disediakan suttle bus .Kalau tidak,peluh juga ketiak nak jalan dari parking tu..



Cantik view hotel ni..
Semua pic ni kredit to Suhairi...Kalau saya yang snap takkan la secantik ni🤭

Suhairi...jurugambar.
Kerja dia ambil gambar jika ada even...tengoklah gajet dia..harga boleh buat down payment Axia...hihihi
Tapi gambar dia jangan cari..memang tak jumpa.
Ni kali ke 10 kot nak snap gambar dia tak dapat juga..Puas Shifa dan Ros nak tarik mask dia tak dapat..hihihi

Seriau pula tengok sudu garfu kat tangan dia...Risau jadi Kasim Selamat...!

Syyyyy....suhairi ni bujang teruna lagi tau walaupun dah 40++


Bagi yang suka bergambar ..tempat ni sesuai

Bagi yang suka makan macam saya ni....takda la saya peduli sangat view dia...hihihi


Orang pro ambil gambar memang cantik.

Gambar tangga pun cantik...hihihi

Jom masuk...


Sebenarnya ..lunch  merangkap majlis perpisahan Kak Reen yang akan memulakan tugas di tempat baru...Genting Higland katanya...

Semoga Kak Reen sukses di tempat baru dengan jawatan yang baru.
Tapi wajah Kak Reen tak nampak sedih pun kan..🤭
Mana nak sedih...dia dapat seutas gelang tangan emas dan sekeping jongkong emas kot semalam..😍


Nampak ada pic ni ja untuk makanan..Saya yang food lover ni lebih suka kalau dapat pi hitea🤭


Tema songket...tapi kita tak ada songket ori..Pakai songket pelesu ja 🤭


Posting Komentar untuk "LUNCH @ BANGI RESORT HOTEL"