Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

BALIK KAMPUNG KEJAP..BY BUS

 Terlanjur Cella tengah cuti sem,nak balik kampung la sekejap.Kata Cella dia dah lebih setahun tak balik kampung.Rindu sangat dengan nenek.


Terminal Bersepadu Selatan(TBS).Kali ni pun saya pilih balik naik bas.Balik 2 beranak saja.

Kami deside beli tiket bas trip malam sebab boleh lena...hihihi.

Banyak ja pilihan bas,tapi kami pilih Pancaran Matahari kerana nak single seat.Ambil bas Pancaran Matahari..RM 50 seorang untuk sehala.

Suruh Cella pilih single seat sebab pakat nak tidur dengan selesa.Cella booking online ja.



Sebelum balik,jalankan tangungjawab kepada agama,bangsa dan negara...hihihi.

Buat saliva test dulu sebelum bertolak.


Cella tengah beli air mineral & sikit kudapan kot-kot lapar dalam bas nanti.Adah & anak bujang tu drop kami kat gate C & depa terus balik.Hari tu masa cuti Deepavali,saya balik sorang,Adah temankan sampai naik bas.Ni sebab ada Cella,depa terus balik.

Lepas check in( rasa macam nak naik flight pulak) hihihi..
Sebab book tiket online,kena pi kaunter dulu sahkan dan ambil tiket sebenar.