BUAT MINI SCONE UNTUK CELLA
Sejak sebulan yang lalu Cella request buatkan scone bila dia cuti swm nanti.Cutinya tak panjang,hanya dua minggu.Mencuri-curi juga waktu yang singkat untuk balik Kedah sehari dua jumpa nenek dan makcik pakciknya.
Yang berbintik tu adalah parutan cheese .Saya guna cheddar cheese.
**semua pic by Cella kecuali dua pic scone dalam tray ni🤭)
Saya masih menggunakan resipi yang sama sejak sekian lama.Saya C&P dari oldpost sahaja:
SCONE
2 cup tepung gandum
1 tbls baking powder
1/2 tsp garam
5 tbls chilled butter
½ cup cheddar cheese(parut)
1 telur3/4 cup susu cair
1. Potong dadu butter yang masih sejuk.
2. Gaul & ramas dalam tepung yang dh ayak dgn baking powder & garam.Tambah dreid fruits/strawberry
3.Buat lubang dalam tepung tu & tuangkan telur & susu.
4. Cepat2 gaul & canai tebal agak2 1.5 cm serta terap .
5.Sapu sikit susu cair atas scone & bakar lebih kurang 20 minit hingga luarnya nampak garing..Hidang dengan butter & jem...
****.Pesan mak aku.....Jangan uli sbb nanti scone akan liat & keras.gaul sekadar bercampur rata & boleh canai je.. Dough scone memang kasar & tidak licin macam biskut.Lagi satu scone mesti agak tebal & besar...Kalau buat kecik2 macam biskut nanti tekstur scone akan berubah.
** betul la..bila buat mini size,tekstur agak berubah.Rasa dan teksturnya seperti "honey biscuits" kat Taxes Chicken.Pada pandangan saya better buat saiz asal 12 pcs untuk 1 adunan ni
Posting Komentar untuk "BUAT MINI SCONE UNTUK CELLA"