Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

JEMPUTAN KAHWIN @ PERINDU

 Semalam mengahadiri kenduri kahwin anak Kak Asiah ex CC.Pergi bertiga dengan Ros.


Hari ni pun(tulis ni semalamtl tapi tak siap) Alhamdulillah,memenuhi undangan majlis kahwin  kat Perindu rumah Nani.Dulu zaman anak-anak sekolah selalu order nasi bajet daripada Nani.

Kak Mel pun masa menunaikan Haji,telah menggunakan khidmat Nani untuk menghantar makanan kepada anak- anaknya di rumah sepanjang Kak Mel kat Mekah.

Asalnya saya tak nak pergi tapi kesian pula Kak Mel beria nak pergi sebab nak rasa daging kerbau.Khabarnya sekor kerbau ditumbangkan dan akan dimasak kari + umbut kelapa cara Pahang.


Gulai daging kerbau fresh + umbut pisang hutan.Katanya gulai umbut kelapa dah habis,untuk makan famili.Apapun Alhamdulillah dapat makan gulai kerbau fresh.Dagibg kerbau memang sedap walaupun urat dagingnya kasar.




Ros ajak sepiaq pulak.Katanya jalan ni cantik macam Pulau Nami.Tak dapat pi Pulau Nami..dapat berangan pun jadik🤣

****aktikel ni ditulis pada hari Isnin...Hari ni baru publish...Takdan nak belek blog.Minggu depan saya blogwalking yer.. 


Posting Komentar untuk "JEMPUTAN KAHWIN @ PERINDU"