Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

LEPAT BUNGA CHICA

 Balik kampung kali ni hanya sekejap cuma.Tapi banyak menikmati makanan.


Lepat Bunga chica..
Antara menu exotic di sesetengah tempat di Kedah.
Lepat yang dibuat menggunakan campuran bunga liar yang berbunga sekali sahaja dalam setahun.

           pic Google

Bunga Chicha namanya.
Berbunga setiap kali musim kemarau antara bulan Disember hingga Mac sama musim dengan bunga pokok getah.Biasanya menjelang Disember semua pokok akan mengalami musim luruh dan setelah itu akan berpucuk dan mengeluarkan bunga.Pokok Chica ni besar pokoknya macam pokok balak.Biasanya tidak ditanam tapi tumbuh liar dan hidup lama.Kata mak saya dulu kat kampung kami pun ada pokok chica ni.Tapi masa tu tiada siapa peduli.Setelah teknologi viral ni baru pakat cari pokoknya.Malangnya banyak yang sudah pupus.

Saya tiada gambar sendiri untuk bunga chica dan pokok chica.Saya hanya boleh kongsikan link

BUNGA CHICA ...di sini

Yang tak boleh nak bayangkan pokok chica..boleh berkunjung ke SINI


###Walaupun nampak macam sama dengan 
Tetapi harus diingat bahawa Bunga Chica BUKAN Bunga Sakura Malaysia.Jangan dok amik Bunga Sakura Malaysia tu buat lepat pulak..apa-pa hal saya tak bertanggungjawab🤭


Dapat makan Lepat Bunga Chica atas ihsan Achik dan Pakcik yang berusaha frozen kan lepat ni untuk saya dapat merasa.Hanya perlu kukus semula  dalam 10 minit supaya kembali lembut dan kenyal


Bagi yang nak tengok rupa lepat bunga chica dan proses buat lepat bunga chica,saya kongsikan link dari TV9

Boleh tengok KAT SINI....


Ni Achik bagi lagi lepat bunga chica frozen untuk bawa balik KL.


Rasa lepat bunga chica ni lebih kurang  LEPAT LIAT UTARA kerana bahan-bahannya adalah sama kecuali ada tambahan kisaran bunga chica sebagai perisa dan aroma.
Ada yang plain dan ada yang dimasukkan inti kelapa manis dalamnya.

Posting Komentar untuk "LEPAT BUNGA CHICA"