SATE PADANG @ WARUNG IBU PADANG
Hari Isnin punya story..Dah nak maghrib,pergi mencari sate padang.
Dah beberapa hari anak bongsu tu balik cuti sem.Dia ajak makan Sate Padang.
Rupanya anak bujang tu cakap dia selalu ja melintas Warung Ibu Padang tapi tak pernah singgah.Dia layankan adik kesayangannya pi la cari sate tu.
Kami tidak mencuba masakan lain kerana hanya nak menikmati Sate Padang.
Kami pesan 4 set Sate Padang bersama minuman.1 set Sate Padang hanya berharga RM5
Anak bujang tu & Lala pilih sate daging.
Cella pilih sate ayam.
Saya pilih sate lidah.
Setiap set mengandungi 6 cucuk sate, tiga ketul nasi impit dan kuah pekat berempah yang ditaburi bawang goreng.Kuahnya bukan sos kacang macam sate Malaysia.
Tapi dari deria rasa saya sate ni hanya daging atau organ dibakar kosong tanpa bahan perap.Dagingnya nipis dan agak tawar. Kuah sate ni macam sos berempah dan dipekatkan dengan tepung dengan rasa pedas berempah dan sedikit masin tanpa sedikit pun manis dan lemak rangup kacang tanah seperti sate tempatan.
Sate ni kurang menepati anak tekak saya.Namun sedap itu subjektif..Cella dan anak bujang tu kata sedap.Depa siap tapaw sorang 1 set untuk makan tengah malam.Juga tapaw lagi sebungkus sate daging dan soto untuk Adah yang tak ikut sebab belum balik kerja.
Ini antara kudapan Padang."Kerupok Jangek"
Kerupok jangek ni dibuat daripada kulit belulang lembu.Rasanya bagi lidah saya ianya biasa-biasa saja dan baunya seperti ikan masin🤭
Ada beberapa jenis lagi kudapan Padang..tapi saya segan nak pi snap gambar kat rak tu.Cella dan Lala dok bergossip takdan nak minta tolong snap gambar.
Yang nak cuba rasa Sate Padang boleh ja Google
" Warung Ibu Padang"
Lauk pauknya nampak sangat menarik.Cuma saya dah kekenyangan.Lain kali kalau ke sini lagi mungkin saya akan mencuba gulai kikil dan perut tembusu.Itu antara lauk yang saya masih kenang ketika ke Padang dan Bukit Tinggi satu masa dulu.Saya juga merindui sejenis kuih bingka yang dibakar menggunakan bara daripada kayu pokok kayu manis.Semoga ada rezeki lagi untuk ke Padang selain Warung Ibu Padang ni🤭
Posting Komentar untuk "SATE PADANG @ WARUNG IBU PADANG"