Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

TERLIUR SAMBAL BELACAN MADU AIR TANGAN SURIA AMANDA

 

Dari semalam plan nak makan nasi dengan ulaman untuk lunch hari ni.

Semua ini kerana semalam  menjenguk dapur

SURIA AMANDA:Menu Masakan Kampung.

Adoi..nampak mengancam betul sambal belacan dia.Dia kata guna belacan madu dari Perlis.


Terus teringat,Kak Mel ada bagi belacan madu juga dari Perlis.Belum guna lagi sebab walaupun saya suka ulam tapi saya jarang tumbuk sambal belacan.


Mula la menyelongkar bahan nak tumbuk sambal belacan madu..hihihi
Pepagi tadi lepas hantar Adah kat KL..  singgah pasar mencari ulam.


Beli ulam genuak...Kami panggil ganuak..Bahasa standard dia panggil kerdas.
Kerdas muda.Isinya kecik sangat,kena makan dengan kulit.8 biji ni harganya RM3

RM2
Pucuk janguih..panggilan orang kampung saya.Bunyi sengau sikit coz dialek kampung kami lebih kepada Pattani.Orang Kedah pure panggil jangguih.Ada idghom maalghonnah skit.Bahasa standard sebut gajus.Kat kampung memang musim pokok gajus berpucuk dan mula berbunga.Tak lama lagi berbuah la tu.
Sedapnya teringat zaman kanak-kanak mak selalu juga masak gulai kuning buah janguih muda dengan ikan tamban masin.Buat kerabu mentah gaul kelapa buah janguis.Kadang mak rebus buah janguih tu buat ulam cicah cabai tumbuk.

Beli juga 4 biji timun mini..RM 1.80
Tengok timun mini ni terbayang gambar kat botol budu cap ketereh..hihihi

Pucuk selom..Seikat RM2


Jumlah belanja ulam hari ni RM8.60
Cili bagai dah ada stok kat rumah.Beli juga sesikat pisang emas untuk dessert dan sesisir pisang nangka untuk goreng.Sikat dengan sisir tu sama ja🤭sesaja nak pelbagaikan penjodoh bilangan.
Untuk anak bujang sorang tu saya belikan nasi kerabu Kelantan berlauk ayam sebab dah tau dia takkan layan lauk yang saya nak makan nanti.

Lepas siap cuci kain baju dan sidai kat luar tu terus tanak nasi.Skip sarapan sebab nak makan nasi dengan ulam punya pasal.Hihihi


Tumbuk sambal belacan sambil dok bayang sambal belacan SA.
Sambal belacan mak kita memang kita tak mampu lawan.Sambal belacan SA ni pula kita terbayang sebab nampak menyelerakan.Kita pun cuba tiru tanpa ada panduan..Meraba dalam kegelapan🤣

Tanak nasi beras perang.Goreng ikan pekasam.Cedok sikit ACAR IKAN MASIN..
Lawankan dengan sambal belacan dan ulaman.Ngap la sengsorang sambil bayangan sambal belacan SA dan sambal belacan mak kita bersilih ganti datang dalam ingatan.Namun ternyata sambal belacan saya gagal lepas standard piawaian.Macam "tak sampai" rasa sambal belacan tu.Tak tau apa yang kurang atau sebab makan sengsorang..lalu selera tidak terpancing?


Posting Komentar untuk "TERLIUR SAMBAL BELACAN MADU AIR TANGAN SURIA AMANDA"